
SK Desa Putra


Sambutan Hari Guru
16 MEI 2017
Sambutan Hari Guru 2017 'Guru Pembina Negara Bangsa' disambut meriah dimulakan dengan perarakan masuk para guru, perutusan hari guru, ucapan guru besar, bacaan ikrar, nyanyian, persembahan guru-guru dan murid-murid, dan sukaneka. Sambutan ini juga dimeriahkan lagi dengan permainan boling pada sebelah petang.

Sukan Tahunan 2017
07 MEI 2017
Sukan Tahunan 2017 dirasmikan oleh YB Shahrum bin Dato Mohd Sharif pada 07 Mei 2017 bertempat di Kolej Vokasional Sepang. Pelbagai acara dipertandingkan dan pasukan Rumah Kuning menjadi juara pada tahun ini. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah menjayakan sukan pada kali ini.

Sambutan Isra' dan Mi'raj
28 APRIL 2017
Ceramah Isra' dan Mi'raj SK Desa Putra pada 28 April 2017 disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shukri. Ia adalah salah satu program anjuran Panitia Agama Islam bertujuan untuk menerangkan lebih jelas tentang keistimewaan peristiwa tersebut dan mendidik murid-murid supaya tidak hanyut dengan cabaran semasa.
Aktiviti Sekolah



